Wednesday 27 March 2013

Hargailah ketika ada

Salam

Hai semua..

Lama betul tak berblog. Tak tau la ada tak orang nak baca hasil tulisan saya. Hehe. Harap ada lah.

Mengenai tajuk entri ni, saya cuma ingin berkongsi pengalaman

Saya ada seorang kawan yang saya kenali ketika saya belajar di universiti awam di Selangor. Dia ialah staff di sana. Kebetulan pula ketika itu saya mencari rumah sewa berhampiran dengan kampus. Kawan sekelas saya mengajak saya tinggal bersamanya. Staf ini tinggal serumah dengan kawan sekelas saya.

Masa berlalau, persahabatan menjadi lebih akrab. Begitulah hari-hari selama hampir 3 tahun. Sehinggalah saya menamatkan pelajaran saya dan saya tidak lagi tinggal dirumah sewa tersebut kerana mendapat kerja di Nilai, N9.

Alhamdulillah, saya masih dapat berjumpanya di Selangor jika saya datang ke universiti tersebut kerana saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran part-time di sana. Sebagai staf saya faham dia sibuk melayan kerenah student yang datang berjumpanya atas banyak perkara.

Jadi apabila saya berjumpanya, dia sama seperti dulu; gila-gila dan gila.

Sudah hampir beberapa lama tidak berjumpanya, saya dengar dia dimasukkan ke ICU kerana pengsan di rumahnya (bukan rumah sewa). Keadaannya agak kritikal ketika itu kerana beliau tidak sedarkan diri.

Saya dan kawan-kawan merancang ingin melawatnya namun atas kekangan kesibukan kami postponed hasrat itu..dan kami mendapat berita beliau sudah tiada lagi. "Alfatihah"



Bukan kesedihan saya yang ingin saya kongsikan tetapi bagi saya sekiranya kita ada masa terluang elok rasanya jika luangkan dengan orang yang kita sayangi; mereka mungkin ibu  dan ayah, adik beradik atau sesiapa sahaja. Hargailah ketika ada.

No comments:

Post a Comment