Wednesday, 31 July 2013
Kerana Syurga itu Mahal Harganya
Tiap-tiap langkah
Langkah menuju kepadaMu
Terkadang aku tergelincir rebah
Luka namun ku teruskan juga
Aku ketap kalimah indah dua rangkap
Sebagai cahaya menerangi kegelapan
Azimat kekuatan dikala kesukaran
Namun tak sedikit duri semalu
Menghakis ketabahan dan kesetiaan
Ku menangis kesakitan
Meronta dan teruskan perjalanan
Ku percaya jalan ini ada hujungnya
Tahu juga lagi tajam durinya
Luka makin dalam sakitnya
Sebelum tiba langkah akhirnya
Darah menitis disepanjang jalan
Harum menjadi petunjuk kiblat
Pedih luka ku tahan tangisan
Tapi hatiku hanya milikMu
Biar terlapah jasad sang sahabat
Asalkan sengsara jadi pengubat
Jalan bercahaya bertemu Yang Maha Esa
Semakin jauh aku berjalan
Semakin itu banyak dugaan
Kerana cubaan perkasa iman
KERANA SYURGA MAHAL HARGANYA
3107130504
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment