Sunday 23 June 2013

Baran dan WUDHU'

Salam


Maksud Panas Baran mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke Empat ialah cepat naik darah, lekas marah, sangat pemarah 


Saya cuma ingin berkongsi ilmu sahaja. Saya ada mendengar ceramah di sebuah radio berkata bahawa panas baran ini boleh dikurangkan dan dikawal dengan mengambil wudhu'. 


Saya juga tertanya-tanya bagaimanakah wudhu' itu boleh mengurangkan kemarahan? Jadi saya mula mencari jawapannya. Melalui ceramah agama, melalui internet dan banyak lagi.




Secara mudahnya, kita tahu kemarahan ini ialah kepanasan jadi berwudhu' ini dengan mengenakan air yang suci lagi menyucikan dan mengalirkan ke bahagian badan. Begitulah lawannya, panas itu lawannya sejuk. Orang tua kata jangan lawan api dengan api. Lawanlah dengan air. Dengan mengalirkan air pada kulit, akan terasa sejuknya, tenangnya dan kelegaan. Tahukah anda, sekiranya berlaku bengkak (swelling), agak-agak apa fisioterapi akan lakukan? Mereka akan letak elemen sejuk (ice) untuk mengawal kebengkakan tersebut. Kemudian bengkak tersebut itu akan beransur reda lebih cepat daripada tidak berbuat apa-apa. Apa akan jadi jika mereka meletakkan elemen panas (hot pack)? Bengkak tersebut akan menjadi lebih teruk, sakit menjadi lebih kuat. 


Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W., bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W. memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda S.A.W. : “…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (H/R. al-Bukhari, no: 1091)



(Dipetik dari Perppis Tawau)

Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W. pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)
(Dipetik dari Perppis Tawau)

Apa yang saya kongsikan disini, saya juga mengingatkan diri saya, Sesungguhnya kita perlu saling mengingatkan antara satu sama lain. Anda juga boleh mengigatkan saya juga kerana saya juga manusia biasa. Semoga perkongsian ini dapat memberi sesuatu yang baik kepada kita.


No comments:

Post a Comment