Monday 17 June 2013

Usaha dan Semangat

Salam

Pada pagi semalam, alhamdulillah aku telah dipelawa sebagai paramedic untuk kursus haji yang telah dianjurkan oleh pihak Tabung Haji di Masjid Kuaters KLIA, Nilai

Walaupun bukan sebagai peserta tetapi Allah telah membuka ruang kepada aku untuk belajar mengenai haji. Alhamdulillah.


Program praktikal tadi sangat baik yang dikelola oleh seorang ustaz yang bagus penerangannya, bijak menyusun kata agar peserta tidak bosan.

Di sini aku ingin berkongsikan sedikit pengalaman, aku telah melihat ramai antara peserta program terdiri dari warga tua; ada yang kuat lagi berjalan, ada yang menggunakan tongkat. Namun apa yang aku kagum ialah semangat mereka untuk bertahan dalam suasana yang agak panas apabila sudah menginjak ke pukul 11 lebih.

Mereka tetap bersabar, tekun mendengar info dan ingatan-ingatan dari tuan ustaz. Tenang sahaja.

Sudah tiba masanya mereka menjadi tetamu Allah, insyaAllah..nanti tiba masa kita pula. Mari kita sama-sama berdoa. Amin


Yang benar,
Aku.....

No comments:

Post a Comment