Wednesday, 31 July 2013

Kerana Syurga itu Mahal Harganya

Tiap-tiap langkah Langkah menuju kepadaMu Terkadang aku tergelincir rebah Luka namun ku teruskan juga Aku ketap kalimah indah dua rangkap Sebagai cahaya menerangi kegelapan Azimat kekuatan dikala kesukaran Namun tak sedikit duri semalu Menghakis ketabahan dan kesetiaan Ku menangis kesakitan Meronta dan teruskan perjalanan Ku percaya jalan ini ada hujungnya Tahu juga lagi tajam durinya Luka makin dalam sakitnya Sebelum tiba langkah akhirnya Darah menitis disepanjang jalan Harum menjadi petunjuk kiblat Pedih luka ku tahan tangisan Tapi hatiku hanya milikMu Biar terlapah jasad sang sahabat Asalkan sengsara jadi pengubat Jalan bercahaya bertemu Yang Maha Esa Semakin jauh aku berjalan Semakin itu banyak dugaan Kerana cubaan perkasa iman KERANA SYURGA MAHAL HARGANYA 3107130504

Sunday, 23 June 2013

Baran dan WUDHU'

Salam


Maksud Panas Baran mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke Empat ialah cepat naik darah, lekas marah, sangat pemarah 


Saya cuma ingin berkongsi ilmu sahaja. Saya ada mendengar ceramah di sebuah radio berkata bahawa panas baran ini boleh dikurangkan dan dikawal dengan mengambil wudhu'. 


Saya juga tertanya-tanya bagaimanakah wudhu' itu boleh mengurangkan kemarahan? Jadi saya mula mencari jawapannya. Melalui ceramah agama, melalui internet dan banyak lagi.




Secara mudahnya, kita tahu kemarahan ini ialah kepanasan jadi berwudhu' ini dengan mengenakan air yang suci lagi menyucikan dan mengalirkan ke bahagian badan. Begitulah lawannya, panas itu lawannya sejuk. Orang tua kata jangan lawan api dengan api. Lawanlah dengan air. Dengan mengalirkan air pada kulit, akan terasa sejuknya, tenangnya dan kelegaan. Tahukah anda, sekiranya berlaku bengkak (swelling), agak-agak apa fisioterapi akan lakukan? Mereka akan letak elemen sejuk (ice) untuk mengawal kebengkakan tersebut. Kemudian bengkak tersebut itu akan beransur reda lebih cepat daripada tidak berbuat apa-apa. Apa akan jadi jika mereka meletakkan elemen panas (hot pack)? Bengkak tersebut akan menjadi lebih teruk, sakit menjadi lebih kuat. 


Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W., bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W. memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda S.A.W. : “…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (H/R. al-Bukhari, no: 1091)



(Dipetik dari Perppis Tawau)

Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W. pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)
(Dipetik dari Perppis Tawau)

Apa yang saya kongsikan disini, saya juga mengingatkan diri saya, Sesungguhnya kita perlu saling mengingatkan antara satu sama lain. Anda juga boleh mengigatkan saya juga kerana saya juga manusia biasa. Semoga perkongsian ini dapat memberi sesuatu yang baik kepada kita.


Friday, 21 June 2013

Ingat ingattttt

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....


Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meninhgkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati...